Apa yang aku nak ceritakan disini ialah aku telah didedahkan dengan aktiviti berkayak di Tasik Seksyen 2, Shah Alam.. Jom selami...
Kayak adalah sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dayung dan didayung secara melunjur. Kayak ni ada banyak jenis kalau korang nak tahu.. contohnya kayak jenis Creek Boat, Polo, inflatable, Squirt, Sprint, Slalom, Downriver, Kayak Sea dan Kayak Sit on Top.
Kebiasaannya untuk orang yang baru nak menceburi dalam aktiviti ni perlu menggunakan kayak jenis Creek Boat sebab kaya jenis ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan. Dan bagi yang telah mahir dan expert dalam aktiviti kayak, mereka bolehlah cuba jenis-jenis kayak yang lain seperti jenis Polo ke..
Kali ini kita belajar sedikit berkenaan anatomi asas sesebuah kayak. Sebenarnya bukan susah untuk mengendalikan sesebuah kayak kalau kena dengan caranya. Kalau rajin belajar InsyaAllah nak jadi seorang pro tu sangatla tinggi peratusnya..
Anatomi kayak
Sebagaimana fizikal manusia, kayak pun mempunyai bahagian2 yang penting pada badannya. Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang tedapat pada sesebuah kayak.
Fungsi bahagian kayak :
1) Bow dan Stern (haluan dan buritan)
-bow adalah muncung bahagian hadapan dan stern pula adalah muncung bahagian belakang.
-fungsi untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.
2) Hull
-dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak dan mempunyai bentuk yang berbeza2 bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak.
3) Deck (geladak atas) -foredeck (dek hadapan) dan afterdeck (dek belakang)
-berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan.
4) Toggles
-sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.
-memudahkan untuk mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikat ke tebing.
5)Cockpit
-ruangan yang terletak ditengah2 kayak dan diantara foredeck dan afterdeck.
6) Seat (tempat duduk)
-tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit.
7) Coaming
-menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat mengikat spray cover.
8) Knee Brace
-menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pendayung lebih kuat terhadap kayak.
9) Towline/Deckline
-sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak.
10) Keel
-untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi.
11) Buoyancy (bahan apungan)
-mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air.
12) Footrest
-berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest.
13) Hatches
-untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan.
Anatomi Paddle Kayak
Di bawah ni adalah antara fungsi2 bahagian paddle :
1) Blade (bilah)
-untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.
2) Tip ( pelindung mata dayung)
-melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan.
3) Shaft/Loom/Bar (batang)
-merupakan bahagian pemegang pendayung.
4)Neck (leher pendayung)
-bahagian pencamtuman antara blade dan shaft.
5) Drip Ring (bulatan getah)
-menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.
6) Front of Blade (muka dayung)
-berbentuk scekung untuk mengaut air.
7) Back of Blade (belakang dayung)
-berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.
En. Hafiz memberi taklimat serba sedikit.
No comments:
Post a Comment